Monday, September 21, 2009

Peristiwa Yang Berlaku Pada Saya


Pada suatu hari,saya dalam perjalanan balik dari sekolah.Bas sekolah yang saya naiki sudah uzur benar.Tetapi,itlah satu-satunya bas sekolah di tempat tinggalku yang letaknya 20 kilometer dari sekolah.

Saya duduk di hadapan bas.Bunyi enjin bas agak kuat.Tiba-tiba saya ternampak asap tebal keluar dari kotak gear di tepi pemandu bas.Saya berteriak kepada pemandu bas untuk memberitahunya tentang asap itu.

Sebelum pemandu bas itu sempat barbuat apa-apa,lidah api mula menerjah keluar dari kotak gear.Pemandu bas itu terkejut.Dia cepat-cepat menarik brek tangan supaya bas itu berhenti.Malangnya,bas itu masih bergerak perlahan-lahan.Pada ketika itu,murid-murid yang ternampak api itu berasa takut lalu menjerit-jerit.

Pemandu bas mencuba untuk memadamkan api tetapi tidak berjaya.Api menjadi besar dan hampir membakar tempat duduk pemandu bas.Pemandu mengarahkan semua murid supaya turun dari bas.Pemandu bas sendiri terpaksa membuka pintu di sebelahnya da terjun ke tanah.

Saya bangun dan menuju ke pintu bas.Begitu juga dengan murid-murid di bahagian hadapan bas.Murid-murid di belakang bas pula mencuba untuk membuka pintu kecemasan.Keadaan menjadi kelam-kabut,dengan setiap murid berasak-asakan ke pintu.Tetapi,kami terdorong ke hadapan dan ke belakang kerana bas itu masih bergerak.

Tiba-tiba,kami terdorong ke hadapan dengan kuatnya apabila bas itu melanggar sebatang pokok lalu berhenti.Api semakin marak dan asap hampir memenuhi bas.Bunyi batuk terdengar berselang dengan jerit-pekik.Saya tekup hidung dan mengarahkan semua rakan supaya keluar melalui pintu kecemasan.Beberapa orang keluar dari tingkap.

Saya yang terakhir keluar mengikuti pintu kecemasan di belakang bas dan berlari ke kawasan lapang di tepi jalan.Kawan-kawan saya juga ada di situ.Mata mereka tidak lepas-lepas memandang bas yang terbakar itu.Api yang marak dan asap yang tebal berkepul-kepul keluar dari tingkap bas.Seketika kemudian,api telah menjilat bahagian luar badan bas itu.Dalam masa dua puluh minit sahaja,api telah menjilat seluruh bas itu.

Saya bersyukur kerana terselamat daripada kebakaran yang dahsyat itu.

No comments:

Post a Comment