Thursday, September 17, 2009

Faktor-faktor golongan remaja merokok


Kini,gejala merokok seolah-olah sudah menjadi budaya golongan remaja di negara ini tanpa mengira jantina.Senario ini menimbulkan tanda tanya,mengapakah golongan remaja,terutama murid sekolah mudah terjelak dalam perbuatan tersebut?

Satu daripada faktor utama yang dikenal pasti ialah diri sendiri.Hal ini didorng oleh keinginan murid itu untuk mencuba menghisap rokok.Tambahan pula,mereka melihat contoh di hadapan mereka seperti ayah,abang,jiran dan sebagainya.Percubaan itulah yang akhirnya menyebabkan ketagihan untuk terus merokok.

Antara faktor lain ialah pengaruh rakan sebaya.Hal ini berpunca daripada hubungan murid yang amat rapat dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan keluarga sendiri,terutama ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan untuk mencuba apa-apa aktivitijua,termasuklah merokok jika ingin menyertai kumpulan mereka.Jika rakan mereka itu enggan,mereka mengejek-ejeknya sehingga menimbulkan cabaran untuk merokok.

Pengaruh media elektronik seperti filem,iklan dan drama turut mempengaruhi golongan murid untuk merokok.Wujud tanggapan dalam fikiran murid bahawa jika mereka merokok,mereka kelihatan matang dan bergaya seperti watak-watak yang ditonjolkan dalam filem,iklan,atau drama yang ditonton.

Sesetengah murid pula merokok dengan alasan untuk mengurangkan tekanan.Pada anggapan mereka,merokok menjadi penyelesaian masalah kerana kononya semua beban yang ditanggung akan dapat dilepaskan dengan merokok.Pendapat yang sempit ini wajar ditolak sama sekali.

Kesimpulannya,semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha menangani gejala merokok dalam kalangan murid.Hal ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perokok diibaratkan pembeli penyakit kronik dengan hara yang mahal,selain mambakar wang ringgit dengan tangan sendiri.

No comments:

Post a Comment