Monday, September 21, 2009

Peranan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah



Komputer merupakan alat ciptaan moden yang dapat mempermudahkan kerja,termasuklah dalam bidang pendidikan.Dalam dunia yang semakin canggih,komputer memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat para pelajar mengikuti pelajaran.Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini sangat mambosankan para pelajar.Komputer,dengan konsep multimedia,iaitu gambar,bunyi dan warna,mampu menarik minat para pelajar.

Di samping menarik minat,kelebihan ini dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran.Hal ini demikian kerana para pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.Dengan bantuan maklumat yang terdapat dalam bentuk disket atau CD-ROM,mereka dapat melihat gambar dan maklumat pada skrin komputer seperti model yang sebenar.Dengan ini,para pelajar dapat maklumat yang lebih tepat daripada komputer.

Tambahan pula,komputer dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak perlu lagi menulis dan melukis pada papan hitam.Oleh itu,waktu pengajaran dapat digunakan secara optimum.malah,masa yang ada dapat digunakan untuk perbincangan atau sumbang saran yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan menggunakan program-program tertentu.Program-program itu dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat ulang kaji.Mereka dapat mencetak bahagian-bahagian yang penting untuk tujuan ulang kaji.Hal ini membolehkan pelajar mengulang kaji tanpa bantuan guru.Malah,para guru dapat merangka program tertentu untuk tujuan latihan kendiri.

Para pelajar juga boleh mendapat maklumat atau bertukar-tukar maklumat melalui internet dan intranet.Dengan ini ,proses mendapatkan ilmu tidak lagi bergantung pada guru sepenuhnya.

Kesimpulannya,penciptaan komputer memainkan peranan besar dan mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sekarang.

No comments:

Post a Comment