Monday, September 21, 2009

Peristiwa Yang Berlaku Pada Saya


Pada suatu hari,saya dalam perjalanan balik dari sekolah.Bas sekolah yang saya naiki sudah uzur benar.Tetapi,itlah satu-satunya bas sekolah di tempat tinggalku yang letaknya 20 kilometer dari sekolah.

Saya duduk di hadapan bas.Bunyi enjin bas agak kuat.Tiba-tiba saya ternampak asap tebal keluar dari kotak gear di tepi pemandu bas.Saya berteriak kepada pemandu bas untuk memberitahunya tentang asap itu.

Sebelum pemandu bas itu sempat barbuat apa-apa,lidah api mula menerjah keluar dari kotak gear.Pemandu bas itu terkejut.Dia cepat-cepat menarik brek tangan supaya bas itu berhenti.Malangnya,bas itu masih bergerak perlahan-lahan.Pada ketika itu,murid-murid yang ternampak api itu berasa takut lalu menjerit-jerit.

Pemandu bas mencuba untuk memadamkan api tetapi tidak berjaya.Api menjadi besar dan hampir membakar tempat duduk pemandu bas.Pemandu mengarahkan semua murid supaya turun dari bas.Pemandu bas sendiri terpaksa membuka pintu di sebelahnya da terjun ke tanah.

Saya bangun dan menuju ke pintu bas.Begitu juga dengan murid-murid di bahagian hadapan bas.Murid-murid di belakang bas pula mencuba untuk membuka pintu kecemasan.Keadaan menjadi kelam-kabut,dengan setiap murid berasak-asakan ke pintu.Tetapi,kami terdorong ke hadapan dan ke belakang kerana bas itu masih bergerak.

Tiba-tiba,kami terdorong ke hadapan dengan kuatnya apabila bas itu melanggar sebatang pokok lalu berhenti.Api semakin marak dan asap hampir memenuhi bas.Bunyi batuk terdengar berselang dengan jerit-pekik.Saya tekup hidung dan mengarahkan semua rakan supaya keluar melalui pintu kecemasan.Beberapa orang keluar dari tingkap.

Saya yang terakhir keluar mengikuti pintu kecemasan di belakang bas dan berlari ke kawasan lapang di tepi jalan.Kawan-kawan saya juga ada di situ.Mata mereka tidak lepas-lepas memandang bas yang terbakar itu.Api yang marak dan asap yang tebal berkepul-kepul keluar dari tingkap bas.Seketika kemudian,api telah menjilat bahagian luar badan bas itu.Dalam masa dua puluh minit sahaja,api telah menjilat seluruh bas itu.

Saya bersyukur kerana terselamat daripada kebakaran yang dahsyat itu.

Peranan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah



Komputer merupakan alat ciptaan moden yang dapat mempermudahkan kerja,termasuklah dalam bidang pendidikan.Dalam dunia yang semakin canggih,komputer memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat para pelajar mengikuti pelajaran.Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini sangat mambosankan para pelajar.Komputer,dengan konsep multimedia,iaitu gambar,bunyi dan warna,mampu menarik minat para pelajar.

Di samping menarik minat,kelebihan ini dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran.Hal ini demikian kerana para pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.Dengan bantuan maklumat yang terdapat dalam bentuk disket atau CD-ROM,mereka dapat melihat gambar dan maklumat pada skrin komputer seperti model yang sebenar.Dengan ini,para pelajar dapat maklumat yang lebih tepat daripada komputer.

Tambahan pula,komputer dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak perlu lagi menulis dan melukis pada papan hitam.Oleh itu,waktu pengajaran dapat digunakan secara optimum.malah,masa yang ada dapat digunakan untuk perbincangan atau sumbang saran yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan menggunakan program-program tertentu.Program-program itu dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat ulang kaji.Mereka dapat mencetak bahagian-bahagian yang penting untuk tujuan ulang kaji.Hal ini membolehkan pelajar mengulang kaji tanpa bantuan guru.Malah,para guru dapat merangka program tertentu untuk tujuan latihan kendiri.

Para pelajar juga boleh mendapat maklumat atau bertukar-tukar maklumat melalui internet dan intranet.Dengan ini ,proses mendapatkan ilmu tidak lagi bergantung pada guru sepenuhnya.

Kesimpulannya,penciptaan komputer memainkan peranan besar dan mampu mengubah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sekarang.

Friday, September 18, 2009

Sebab-sebab Perubatan Tradisional Masih Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pengguna

Pokok Tongkat Ali
Pokok Misai Kucing

Kebelakangan ini,kaedah perubatan tradisional semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna.Hal ini demikian kerana penemuan pengamal perubatan tradisional tempatan tentang khasiat ubat-ubat tradisional ini.

Umum telah sedia mengetahui bahawa ubat tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti akar kayu,tumbuh-tumbuhan,dan kemenyan yang tidak mempunyai kesan sampingan.Hal ini berbeza dengan perubatan moden yang menggunakan pelbagai bahan kimia yang diproses berdasarkan kajian dan kaedah saintifik,contohnya vaksin,antibiotik,antiserum,antiseptik dan radium yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang.Oleh hal demikian,risiko untuk mendapat penyakit lain semasa mengamalkan ubat-ubat tradisional agak rendah.

Selain itu,bahan untuk menghasilkan ubat tradisional mudah diperoleh kerana biasanya terdapat di sekeliling rumah atau di dalam hutan yang berdekatan.Kebanyakan pengamal perubatan tradisional menanam tanaman herba seperti pokok misai kucing,tongkat ali,kacip fatimah,dan sebagainya di rumah.Kebiasaannya ubat tradisional ini dihasilkan sendiri dengan kos yang minimum.Maka tidak hairanlah harga ubat-ubatan tradisional masih rendah dan berpatutan.Kos perubatan moden sangat mahal kerana menggunakan ubat dan peralatan canggih.

Selaras dengan promosi semasa,ubat-ubatan tradisional ini mudah mendapat pasaran yang baik.Satu daripada sebabnya ialah pelantikan stokis-stokis yang menjual produk yang berasaskan ubat tradisional.Dengan inovasi dari segi kaedah pembungkusan,promosi dan bentuk ubat,maka tidak hairanlah ubat tradisional terus mendapat sambutan.Apatah lagi dengan pelantikan artis tempatan sebagai duta produk berkenaan,maka ramai pengguna mencuba produk tersebut.

Kesimpulannya,ubat-ubatan tradisional ini dapat diibaratkan"tak lapuk dek hujan,tak lekong dek panas".Sambutan pengguna masih baik kerana ramai orang mendapat khasiat semula jadinya berbanding dengan ubat-ubatan moden.

Thursday, September 17, 2009

Faktor-faktor golongan remaja merokok


Kini,gejala merokok seolah-olah sudah menjadi budaya golongan remaja di negara ini tanpa mengira jantina.Senario ini menimbulkan tanda tanya,mengapakah golongan remaja,terutama murid sekolah mudah terjelak dalam perbuatan tersebut?

Satu daripada faktor utama yang dikenal pasti ialah diri sendiri.Hal ini didorng oleh keinginan murid itu untuk mencuba menghisap rokok.Tambahan pula,mereka melihat contoh di hadapan mereka seperti ayah,abang,jiran dan sebagainya.Percubaan itulah yang akhirnya menyebabkan ketagihan untuk terus merokok.

Antara faktor lain ialah pengaruh rakan sebaya.Hal ini berpunca daripada hubungan murid yang amat rapat dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan keluarga sendiri,terutama ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh oleh pujukan rakan-rakan untuk mencuba apa-apa aktivitijua,termasuklah merokok jika ingin menyertai kumpulan mereka.Jika rakan mereka itu enggan,mereka mengejek-ejeknya sehingga menimbulkan cabaran untuk merokok.

Pengaruh media elektronik seperti filem,iklan dan drama turut mempengaruhi golongan murid untuk merokok.Wujud tanggapan dalam fikiran murid bahawa jika mereka merokok,mereka kelihatan matang dan bergaya seperti watak-watak yang ditonjolkan dalam filem,iklan,atau drama yang ditonton.

Sesetengah murid pula merokok dengan alasan untuk mengurangkan tekanan.Pada anggapan mereka,merokok menjadi penyelesaian masalah kerana kononya semua beban yang ditanggung akan dapat dilepaskan dengan merokok.Pendapat yang sempit ini wajar ditolak sama sekali.

Kesimpulannya,semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha menangani gejala merokok dalam kalangan murid.Hal ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perokok diibaratkan pembeli penyakit kronik dengan hara yang mahal,selain mambakar wang ringgit dengan tangan sendiri.

Wednesday, September 2, 2009

Saya cintakan sekolah saya

Saya ialah seorang pelajar dari kelas 4U.Saya cintakan sekolah saya kerana ia membolehkan saya belajar sesuatu yang baru walaupun saya bukan seorang pelajar yang pandai tetapi saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pelajar yang pandai.